Thursday, December 17, 2009

SELAMAT TAHUN BARU!!!

SALAM MAAL HIJRAH 1431H BUAT SELURUH UMAT ISLAM......

MARI SAMA-SAMA KITA NIATKAN SATU ANJAKAN PARADIGMA YANG BARU DALAM HIDUP SEBAGAI SEORANG MUSLIM...(^_^)

Wednesday, December 16, 2009

why choose doctor?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhan yang Maha Esa, yang memegang hatiku dan yang memiliki diriku....yang memegang ajal dan nyawa hamba-hamba-Mu.

Salam rindu buat Muhammad S.A.W, para sahabat dan keluarga baginda....salam sayang buat seluruh alam dan makhluk-Nya.

Hmmm....dah lama x update blog. Bukan apa...cuma x terpikir nk tulis apa. Asyik baca blog org lain je...apapn...kali ni tergerak hati nk tulis something.

Cuti sem3 bgi IB-KMB dah stat. Tinggal lbih kurg dua mggu lebih cuti n nk rehat2 kt umah. Blik kali ni sempat jmpa kakak 3 hari je. Sedih tu sedih gak...coz x leh buat apa2 sgt. Cuma kali ni dy bwk blik cite drama jepun. Dh lama x layan cite jepun kt KMB, bagus gk dy buat blik[huhu]. Semuanya pasal medic [Code Blue, Iryu Team Medical Dragon].....tu yg terdetik nk tulis something kt blog...

buat shbt2ku yg amik medic....kta mesti x terlepas dgn soklan maut...."KNAPA NAK JADI DOKTOR?"...pastu, mcm2 jwpn kta bgi...tpi sejauh mna kita sure dgn jwap kta....?sedangkan bla pegi hospital attatchment jmpa doktor2...diorg pn tnya on the spot, knapa nk jadi doktor ?? x terjwab kta time tu.....seolah2 x nak bagi kta amik medic...org2 lain kata medic ni lama blajar, susah, derita, sibuk..... sorg junior KMB ckp time Forum Baju Kurung Baju Melayu...'susah skit kalo ada isteri doktor...nnti takut anak2 x terjaga' YE KE...?......mcm tu skali ke kerja doktor ni? Apapn...persoalannya...knapa nk pilih medic n doktor sbg kerjaya???[hmm..jawab...jgn x jwb]

Apapn msing2 ad jwpn tersendiri. Kdg2 jwpnnya x terluah dri hati....
Cuma lepas nisa tgok cite yg kakak bgi...rasa terharu dgn tugas seorang doktor.


Tugas seorang doktor terlalu mulia....hidup mereka bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk masyarakat. Kadang2 diorg terpaksa korbankan masa family untuk orang lain. Patient come first, next baru family. Kdg2 msa mkn, tidur drg sendiri x terjaga semata2 untuk luangkan masa dengan patient. Org lain selalu ckp doktor x de perasaan dgn sakit atau sebab dah biasa dh slalu berhadapan dgn kematian, kesakitan, padahal dorg pn ada rsa sedih ....x kan nk mnangis dpn patient. Doktor akn berusaha selamatkan patient tpi drg still sedar yg diorg bukan Tuhan yang menentukan segalanya.

Sy pernah terbaca dlm Readest Digest psl satu article '41 secrets that doctors would never tell you'....sgt menarik yg mnceritakan luahan hati para doktor. Slalu kita dengar...complain dri pesakit...tpi kta jrg2 dengar luahan hati doktor2. Sebabtulah...kdg2 tersa sedih bla org yang terlalu banyak
komplain pasal doktor..... Xpi x dinafikan ada doktor yg xde etika....sebab itulah niat sgt penting dlm semua perkara... Penangan daripada cite Code Blue [Internal Medicine ;ER] dgn Iryu Team Medical Dragon[Cardiologist] buat nisa tersedar psal niat yg kta letak bila memilih bidang perubatan sebagai msa depan..

Seorang doktor mesti
-passion
-intelligent
-rational
-motivated
-strong
-committed
-patient
-disciplined
....bnyk lg...

tpi... x semestinya kerja slain doktor x mulia...kerana semua kerja pun ibadah dikira disisi Allah yang bergantung kepada niat masing2.





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Al-Insyirah(Melapangkan)

1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu(Muhammad)?

2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,

3. yang memberatkan punggungmu?,

4. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu,

5. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sunggug-sungguh (urusan) yang lain,

8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


Wallahua'lam...

Thursday, November 12, 2009

malunya seorang wanita

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" [An-Nur :30]

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhisannya (auratnya) kecuali kepada...." [An-Nur :31]

malunya seorang wanita islam...[klik di sini]

Kisah pokok semalu dan wanita

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

wanita itu perhiasan dunia. Kita dijadikan Allah dengan seribu keistimewaan. Dijadikan dari tulang rusuk adam untuk dilindungi bukan dieksploitasi. Diciptakan dengan sifat lemah lembut dan jiwa yang penuh dengan kasih sayang bukan untuk dicintai oleh sebarang lelaki. Hargailah diri dan janganlah diri ini menjadi alat permainan iblis yang dilaknati.

wassalam...


Tuesday, October 20, 2009

B.O.U

Dengan Asma Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menitipkan rasa kasih dan sayang dalam setiap hati hamba-hambanya. Yang tidak jemu menumpahkan rahmat dan kasih-Nya kepada seluruh alam.

17 dan 18 october lalu, telah dihadiahkan satu memori manis baru dlm diri semua sahabat2 GNCC. Bond Of ukhuwah yang dari dulu bercdg nk dibuat, akhirnya brjaya jugak, walopun ditgguh2, n mcm2 hlgn. Tahniahlah kpd PMnye n vicenye yg berjaya mnjayakn BOU. Walopun dibuat kt Bagan Lalang [da penah pegi sblum tu ngan akak senior], tpi setiap perkara yg brlaku pasti berbeza, masa, tempat, org2nya, n rasa pn mestilah brbeza.

Walopun 1st mcm malas2 nk pegi..tpi gagahkan jgk bdn n hati ni kesana demi kwn2 n objektif nya pn nk rptkn ukhuwah sesama kmi. Alhamdulillah...sgt mncapai matlamatnya.....


seronk sgt main air pantai.....dh brapa tahun x mandi pantai, yalah...prmpuan susah skit. Tpi sebabkan ikhwah n akhawat dipisahkan bila time game n main2, apa lagi semua naik tunjuk skill msing2...[hahaha]. walopun hakikatnya mr. crab dan plankton tu lawan, tapi dlm bou mereka dah jadi kawan..huhu. Skalipun air pantai jauh hujung dunia, sanggup berlari utk mandi pantai, dgn mtahari terik atas kepala...still x puas berendam berjam2 dlm pantai. X kisah kulit yg mmg akan di'burn' nk dbandingkan kebaloian saat dpt berendam tanpa mata2 manusia yg gatal[hehe]

Rumah rehat pun sgt best. yg pasti...lg cantik drp rumah ikhwah...wahaha. Habis riuh rumah bila time nk masak..mcm nk wat kenduri..kui3. Pengisiannya pun best2 gak....bnyak mengisi rohani ni yg kdg2 tunggang terbalik. Alhamdulillah... [huhu~]


apapun...thanks utk semua...yg tolong masak2...yg blanja aiskrim...yq tolong kejut bangun pg....n mcm2 lagi...n kpd kak hasni yg banyak bg nasihat n share kisah hidupnya... :-)
cantik kan... :-) ......subhanallah



zinnirah yg comei.....[anak kami sume :-)]....




main-main jgk....solat jgn tinggal...:-)


wsslm...

Friday, September 11, 2009

circle of friends

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullah..

Dengan asma Allah yg maha Pengasih dan Penyayang....Yang menitipkan rasa cinta dan kasih di dalam hati hamba-hambanya.....

Hmmm.........
x tahu sebab apa nisa nk ckp psl kawan kali ni...
cuma terdetik di hati...merindui shabat2 yg jauh dimata tapi sgt dekat di hati...


i keep on remembering on what my teacher...mama J told me n my classmates before about a story of circle of friends...
In friendship, at one time, if we thought he/she is our friend, but not necessary, when it comes to himself or herself, we'll be in his/her circle of friends....if yes, in what level he/she put us in the circle...?

apapun...this is what we call the friendship world..

kpd shbt2ku...rkn2 ku...kwn2ku...
korg adlh satu inspirasi n motivasi diriku sbnarnya... setiap org yg nisa jmpa...mmg nisa aggap sbg kwn n sahabat...

n nisa sgt sygkan korg suma....

to: bear's family members...i miss u all alot....ap khabar korg suma ...
tringat semalam bila zaimah ckp nk dtg pudu rya bwk nasik kerabu......wuwu...terharu sgt.
x sgka dpt mkn nasik kerabu jgk akhirnya.Tq zaimah....tq jugk family zaimah yg sgt baik..huhu. tringin nk pegi umah zaimah lg...

Terima ksih kpd sume kwn2ku (dari kecik smpai hari ini)....moga ukhuwah yg terbina di hati ini berkekalan dunia dan akhirat.....dan ampunkan salah silap diri ini jika ada suatu ketika diri yg lemah ini tidak menyenangkan dirimu.

Sabda Nabi SAW:
Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri (Riwayat Bukhari dan Muslim)

wassalam...








Monday, August 31, 2009

Ramadhan....

Dengan asma Allah Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Selawat dan salam ke atas Rasul Allah, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan keluarga baginda...

Salam sejahtera ke atas semua makhluk dan alam ciptaan Allah S.W.T...

Apa khabar kalian semua dan apa khabar iman kita...?? InsyaAllah... doakan kita sentiasa dlm keimanan di mata-Nya selagi kita mengucapkan dua kalimah syahadah...

hmm....x tahu nk ckp apa. Skrg ni nisa di kmb. Sampai pgi kelmarin...Sampai2, terus menerjah bilik kwn nk bincg pasal ia math...pastu pegi terawih....1st terawih kt kmb dlm tahun ni...Alhamdulillah...sejuk skit hati lps menensionkan diri dgn math...wahaha... Tpi terawih surau x penuh(bg muslimat)...mgkin rmai yg sibuk ngan portfolio math yg trpaksa dikejar....

Di kala malam pulak, ramai yg x tdo semata2 krana math....hmmm....bgitu hebat penangan math di KMB. apa nk wat...inilah IB..hu3.

Tpi bila dimuhasabahkn blik... setakat mana kita sentiasa mengejar dunia sehingga kita lupakan akhirat.....semata2 hidup untuk urusan dunia, lupa akan Allah s.w.t. Kdg2 tu lewat solat sebab sibuk ngan asignment...tatkala azan...tgn still lincah wat kerja....hmmm.... kita sering alpa...
padahal....mati itu bila2 masa...siap ato x keje..pn bergntung pada Allah....tg penting usaha, yakin dan bergntung kepada Dia utk siapkan keje....

Tringat Ramadhan time form 5, first time nisa rasa Ramadhan kali tu sgt bermakna, x tahu sbb ap, mgkin ini hidayah..., tatkala mula merasai manisnya beribadah, sedih dan sebak bila Ramadhan pergi...,sejak tu...mmg sentiasa rindukan kehadiran Ramadhan...

Dan kali ni...dia dtg lagi...tpi kli ni lebih bnyak dugaannya....portfolio math, ia econ, TOK, EE, IELTS....bla2..dtg menghempap mcm bom...wktu nilah..iman itu diuji....hmm....

tpi...nisa hrp Ramadhan kli ini lebih hebat dri sebelumnya....utk kuatkan iman di hati, banyak bersabar dgn pelbagai karenah dunia.... bnyakkn muhasabah diri... dn plg penting moga Allah pertemukan kita dgn malam Lailatul Qadar....

So...marilah sma2 kita kejar keindahan dan keberkatan Ramadhan...walaupun dihambat dgn kesibukan dunia...dan mna tahu mgkin inilah Ramadan terakhir bagi kita.


Ya Allah....kurniakn kmi kesabaran, cinta dan keredhaan-Mu dlm kehidupan kmi di dunia dan di akhirat...ameen...

wassalam...





Thursday, August 27, 2009

lalalala...

Subahnallah...Alhamdulillah

Puji-pujian kepada Allah s.w.t dan selawat dan salam sayang kpd Nabi Muhammad s.a.w, sahabat dan keluarga baginda....

Dh lma nisa x tulis ap2 dlm blog ni...hmmm...lgipn nisa hnya tulis bla ada sesuatu dri hti nk dsampaikan....huhu

Nisa ingt nk wat diari ramadhan...tpi mcm x tercapai je....sbb nisa ni bkn jenis asyik ngadap tenet tiap2 hari....huhu~

Cuti awal ramadhan ni....nisa mulakan dgn pngalaman di SMK Sultan Abdullah, Teluk Intan Perak..
Skali lagi, group G2S adakn kem motivasi utk student PMR n SPM. Dulu di Bakai, Kedah, kmpung dikelilingi dgn pokok getah, skrg kmi ke Teluk Intan, Perak, dpt tengok sawah padi..wuhuhu~. Mmm...sronok, sebab kli ni , group G2S organize sendiri kem...plg mncabar, kmi berkonvo ke sana..naik kreta...huhu~[sgt seronok!!!] Kpd shabat2 ku G2S yg dikasihi...tahniah kpd krg suma n trima kasih krana berikan pngalaman yg bgitu berharga kpd diri ini....[tq Kim sebab bgi nisa bwk keta kim pegi bazar ramai2, sronok tdo rumah opah farah...huhu]

Plg nisa brterima ksih ialah pda Tuhan yg Maha Besar krana atas takdirnya kmi G2S bertemu kmbali dan Dia yang menitipkan ikatan hati antara kmi semua dan Dia yang mengikat ukhuwah kami sebagai sahabat dan saudara islam dan Dia jga yg menyatukan hati kami ats niat yg satu ingin berbakti kepada bangsa dan agama.

Skrg ni...tgh pening memikirkan kerja yg smakin bertambun dlm SEM 3 yg sgt hgt di IB nie..wahwah...Ya Allah..permudhknlah setiap urusan ku dunia dn akhirat.....

lalala....nisa nk akhiri dgn satu kta2 motivasi[nisa kutip dri cite Great Teacher Onizuka(GTO)]

Onizuka ckp kt one student dy, Minami....

"BE AND BELIEVE IN YOURSELF!!! bcoz IF YOU'RE NOT BEING YOURSELF, THERE IS NO YOU IN THIS WORLD AND WHY MUST GOD CREATE YOU IF YOU WANT TO BE LIKE OTHERS"

so...percaya kpd diri dan kebolehan kita dgn sentiasa meletakkan keyakinan kita pada Tuhan Yang Maha Berkuasa...

Wssalam...tatata...

Friday, July 17, 2009

Tak Ku Sangka.....

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...... Lailahaillallah Muhammadurasulullah....... Segala Puji Bagi Allah...Tuhan Yang Maha Penyayang....lagi Maha Pengasih....

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui, Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan tempat-tempat tiggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung." (As-Saff :10-12)


Kebelakangan ni banyak ujian dan cabaran datang menimpa. Baik dari segi kesibukan IB mahupun tugas sbg dai'e. Perit di hati ini memikirkan beban yg ditanggung. Tanggungjawab besar yg akan dipersoalkan oleh Allah. Peringatan yg perlu disampaikan dalam masa yg sama mendapat peringatan utk hati ini juga. Bingung...keliru...takut....mcm2 perasaan dtg. Apa yg perlu dilakukan....tapi....seorg sahabat saya ada cakap...La Tahzan...Innallah ha ma'ana. "Jgn sedih...Allah sentiasa bersama awak...." Alhamdullah....dikurniakan sahabat-sahabat yg begitu bersemangat. Terima kasih Ya Rabb, terima kasih kwn-kwn. Moga korg semua sentiasa dibawah naungan keredhaan-Nnya...Amin..


.....tidak akan ku peruntukkan mutiara jenih ini melainkan untuk-Mu....

Thursday, July 16, 2009

Sedar dari mimpi....

Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.....Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga Baginda. Maha Suci Allah yang sentiasa menyayangi hambanya-Nya. Demi Dia yang memegang nyawa dan ajalku dan kepada Dia tempat aku kembali.

Alhamdulillah....Subahanallah....tiada apa yang dapat aku ucapkan skrg ni melainkan rasa syukur dan bertuahnya aku adalah hamba Allah dan dipilih olehnya untuk menerima Islam.

Manusia.....adalah insan yang bermaksud lupa. Sememangnya kita sering lalai dan lupa maka dengan itu Allah hadirkan peringatan kepada kita dalam pelbagai bentuk untuk membawa kita kembali dari terpesong. Itulah kasih Allah yang sentiasa mahukan hambanya untuk masuk kedalam syurga yang telah Dia sediakan.

Dunia....adakah realiti atau satu ilusi semata-mata? Ilusi untuk menyesatkan manusia dengan 'keseronokan dan keindahan' yang ada di dalamnya....? Dan inilah yang dijadikan oleh Iblis laknatullah untuk menipu manusia dan mengheret keturunan Adam ke dalam neraka. Namun, bagi hamba Allah yang bijak dan berfikir, keindahan dunia ini membawanya kearah kebenaran, kebesaran dan keesaan Allah SWT.

Rasulullah S.A.W pernah berkata umur ummatnya hanyalah diantara 60-70 tahun. Adakah peluang selama iniyang Allah beri kepada kita untuk masih lagi bernafas di muka bumi Allah hanya diperuntukkan untuk keseronokan dunia yang hanya 60-70 tahun? Bagaimana dengan alam Barzakh, saat di Padang Mahsyar dan alam Akhirat yang pastinya lebih panjang masanya. Adakah cukup amalan yang kita lakukan di dunia menjadi tiket untuk menjamin kehidupan kita selepas ini. Padahal, ini sahaja peluang yang kita ada untuk bertemu dengan Allah dalam keadaan diredhai-Nya dan berpeluang untuk beramah mesra dengan Rasul Allah, Muhammad S.A.W.

Hidup dan Mati itu hanya sekali. Mungkin saat aku menaip ini (11.30 mlm)aku masih lagi mampu bernafas sambil makan biskut dan coklat, tapi sebaik je aku tido jam 12 mlm....sudah tiba saat ajalku. Malaikat Izrail datang untuk cabut nyawaku. Aku tak tahu keadaan aku saat itu. Sempatkah aku mengucap kalimah Lailahaillallah, tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dengan amalan-amalan yang aku lakukan. Jaminkah aku dengan ibadatku. Pasti aku merasakan kenapa saat aku didunia aku tidak pernah berusaha untuk menjadi hamba yang diredhai-Nya dunia dan akhirat....hamba yg betul2 beriman kepad-Nya. Apa yg aku akn jwb soalan2 Mungkar dan Nakir dengan tahap iman yg aku tidak tahu.

Aku hanya mampu menangis, menangis dan menangis. Ya Allah, aku memohon ampun dan taubat dari Mu. Kurniakanlah petunjuk dan hidayahMu. Janagnlah sekali-kali Kau palingkan wajahmu dariKu. Bimbinglah aku supaya aku dapat bertemu denganMu dengan redhaMu. Berilah aku kesudahan yang baik. Aku bukan mencintai syurga-Mu tetapi aku mencintai Pencipta syurga-Mu yg indah itu....

Thursday, July 2, 2009

Kehangatan SEM 3

Dah dua miggu lebih aku balik KMB. Skrg ni dh boleh dikatakan Year 2 students semakin mersakan kehangatan SEM 3. Bru-bru ni dateline Personal Statement. Maka berhempas pulaslah semua year 2 menyiapkan ps masing2. Skrg ni semua tgh mengharungi dilema EE pulak.....

Bru bru ni Year 1 masuk.....blok E penuh. Batch 09 kali ni sgt ramai....hampir 400. Surau pn penuh melimpah-limpah. Ditambah dgn stategi gerakan dakwah yg berlaku begitu cepat di KMB. Masa yg ada x dibiarkan, dakwah tarbiyah year 1 start time orentasi lagi....Alhamdulillah, setakat ini hasilnya positif. Apapun....gambate kawan2...teruskan usaha anda. Kta jadikan KMB ini bukan persediaan untuk dunia saje, tpi utk akhirat jgk..(^_^)

Saturday, June 13, 2009

Dah abis cuti....

Malam ni tanggal 13 Jun 2009 jam 11.30 mlm akan aku tinggalkan rumah dan menuju kembali ke medan perjuangan di KMB. [isk3....cuti dh abis]

dah 3 minggu cuti.....buatkan aku terpikir....hmm...apa kau wat cuti ni eh...
nmpaknya perancangan jln2 cuti nk banyak x jadi....
masa bnyak abiskan wat asignment.....balik kmpg...[wuwu~]
tpi...best gak :-)...[entah apa yg best ah..??]

tpi ada satu benda yg nk dikongsikan...
Alhamdulillah...cuti ni ak ada baca satu novel, Dwilogi Munajat Cinta karangan penulis indonesia -novelis muslim Taufiqurrahman al-Azizy. sg best..!!! membina rohani dan jiwa. Mmm..dia mmg penulis yg hebat.
Novel ni buat jiwa aku tersentak dengan watak-wataknya dan pengisian yang begitu menyentuh hati. Munajat Cinta memang sesuai bagi sesiapa yg dalam mencari cinta dan redha Allah, Pencipta Yang Maha Esa terutamanya bagi muslimah sebab watak utama novel ni adalah seorang gadis. Alhamdulillah...bagi aku,sgt seronok baca novel ni sebab persoalan yg kdg2 ada dlm otak ni terjawab jgk bila baca walupun kdg2 bahasa dia bgitu tinggi utk difahami.
[bahasa Melayu indon kan...]Tpi InsyaAllah akn faham...jgn risau hehe.. dan pengisian rohaninya mmg mantop. Bagi sesiapa yg dh baca novel dia sblm ni...Trilogi Makrifat Cinta..aah..yg ni sesuai utk muslimin. Tpi aku blm berkesempatan baca. InsyaAllah...kalau ad kesempatan nnti akan dihabiskan baca.

Lpas ni aku akan kembali kepada kehidupan di KMB yg lebih mencabar. Aku harap dgn apa yg dah dilalui sblm ni, buatkan aku lebih matang utk hadapi sem 3 dan sem 4 dgn lebih baik. Takut tu still ada. Tpi insyaAllah...semuanya mudah selagi kita letakkan Allah sebagai Pelindung dan Penolong di sisi kita. Mohon Allah permudahkan setiap perjalanan dan urusanku dunia dan akhirat.. Amin....[wuwu~ sedih nk tinggal rumah....]



Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya Allah limpahkanlah selawat dan salam atas Muhammad s.a.w dan keluarga Muhammad. Maha Suci Dia yang memiliki keagungan paling tinggi dan paling luhur. Maha Suci Dia yang memiliki kekuasaan paling agung dan paling mulia. Maha suci Dia yang memiliki kekuasaan paling tinggi nan abadi....
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ucapan dan perbuatan orang-orang yang bertaubat; pahala para mujahid dan keberhasilan mereka; kebenaran orang mukmin dan tawakal mereka; ketenteraman pada saat kematian dan ketenangan pada saat perhitungan. Dan jadikanlah maut sebaik-baik daripada hal ghaib yang aku tunggu, dan sebaik-baik yang mengintai diriku...
O, Rabbi, kuatkanlah daku untuk dapat berpijak di jalan-Mu. Sinarkanlah hidupku dengan cahaya-Mu. Dan bimbing daku untuk menenpuh jalan-Mu. Lemahkan segala tipu daya yang mendatangiku, dan kuatkan hatiku menghadapi setiap jengkal ujian dan cubaan di jalan-Mu. Temukan aku dengan orang-orang yang Engkau cintai, dan cintailah aku bersama-sama dengan orang yang mencintaimu....Amin Ya Rabbal Al-Amin...

Thursday, May 28, 2009

Kena Tinggal...

huargghhh!!!!!
aku kena tinggal.....
wuwu~[dlm kesedihan teramat sgt]

family aku suma g klantan.....nk amik barang abang. kali ni semua pegi. Mana muat keta nk sumbat ak lagi sorg. Suma dah besar2, cukup kapasiti kete 5 org. Lpas ni abah kena tukar keta besar skit....wuwu~ x aci, aku kena sacrifice... ,Alamatnya...aku kena pegi rumah mak su aku jdi babby sitter x bertauliah jap, sementara family aku balik rumah balik.....

hmm...x pi x palah....ak pun bnyak keja nk kena wat....berserabut otak ni pk....nk siapkan suma benda....Lgi pun dok kt rumah sorg2 bleh abihkan coklat(ole-ole) adik aku bawak dri Lagkawi...huahuahua....Cuti sem 2 ni ak kena manfaatkan sebaik mungkin....dun waste the time. Rehat-rehat jgk, keja tetap kena jalan. Smalam, sampai nk tercabut kaki jln-jln ngan Ci'ah, window shopping, terapi mata..haha. Kalo nk dikira ratio masa yg diperuntukkan utk jln2 dgn wat portfolio math smalam 4:1. kuikuikui...
Sejak dok kt kmb....masa itu sgt berharga lebih drp emas. kalo x siapkan suma keja time cuti ni ...maknanya sesak nafas la aku nk hadapi sem 3 yg pasti mmg akn lebih mencabar..huh!

Tasks for this semester break! I have to finished it!! yeah![bersemangat]

  • World literature Malay A1[sparuh siap]
  • IA Econ [tgh pk camna nk wat]
  • EE Malay First Draft
  • Math folio- observe[done]
  • TOK Essay [tgh dok pk]
  • Hospital Attachment kt Alor Star
  • Baca pengisian

Bersemangat!!!!Gambate!!!InsyaAllah....

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja kerasa untuk urysan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."

[Al-Insyirah : 5-8]

Tuesday, May 26, 2009


Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Sunday, May 24, 2009

Al-Fatihah untuk insan yang ku sayang

Innalillahiwainnailaihirajiun....



Itu je yang ampu aku ucapkan saat aku terima berita kematian sepupu yang aku sgt sayang. Mentis air mata dan pilu hati ini mengetahui berita yang sangat tak dijangkakan ketika di dalam bas utk pulang ke kedah khamis 21/5/09. Ditambah lagi, kelewatan berita yang diberitahu disebabkan aku exam. Abah ngan mak tak nak beritau aku dulu, takut aku risau dan sedih. Dia pergi tanggal 19 Mei 2009, lapan hari selepas menyambut hari lahirnya yang ke-5.Tiada apa yang dapat aku ucapkan selain menangis hiba. Memori lama bersama insan kecil itu berputar kembali seperti sebuah filem menambah kembali kesedihan hati. Teringat cuti bulan tiga lalu, masih segar gelak ketawanya yang terkekek-kekek diusik aku, masih terngiang suara manjanya. Aku menatap kembali gambarnya yang aku tangkap waktu hari raya guna handset aku. Sangat ceria di hari lebaran. Dirinya sangat memberi inspirasi padaku. Dia, anak yang baik. Masih lagi aku ingat dialog yg buat aku kagum padanya. "Fattah, nanti Fattah besar nak jadi apa?" dengan tersenyum Fattah jawab " fattah nak jadi ustaz". Tak sangka. Aku hanya ketawa dan berharap dia nanti betul-betul jadi insan yang akan berjuang di jalan Allah dengan sifatnya yang terselah sejak kecil.Dia baru 5 thn, tetapi sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia.Pak Cik jat dan mak cik mesti lagi sedih. . Kehilangan seorang anak yang membawa cahaya sinar harapan pada keluarga dan ibu bapa. Kepada cik jat dan makcik, jangan risau, fattah pasti tunggu mak dan ayahnya di pintu syurga.

ABDUL FATTAH BIN ABDUL RAZAK,
nama yang membangkitkan semangat ku...
Lahirmu memberi sinar harapan kepada mak dan ayah, juga kepada kami semua
ketawamu ampu membuatkan semua tersenyum,
tetapi sebelum sempat kau merasai kepayahan dan kedustaan dunia,
kau dijemput dalam tidur yang lena...
Sedalam mana kami sangat menyayangi dirimu,
namun Allah lebih lagi mengasihimu....menjemputmu untuk berada di sisi-Nya.

Kak cik sentiasa doakan, Fattah bahagia di akhirat sana, gembira bermain di taman-taman syurga.


Demi Allah Yang Memegang Ajal dan Nyawaku, sesungguhnya kepada Engkaulah kami kembali.....

Friday, May 15, 2009

aku bersyukur..............

Maha Suci Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Betapa aku memanjatkan kesyukuran kepada mu.
dengan nikmat Iman dan Islam.....
Yang aku x pernah terjgka , Engkau memilih daku diantara hamba-hambamu untuk menerima hidayahmu.
Air Mataku menitis setiap saat mengingatkan dosa-dosa yg telah aku lakukan...
Bgaimana diriku pasti membuatkan Engkau murka dengan perbuatan ku itu..
Namun, Kau masih datang dekat padaku....
memberi harapan...Tuhan Yang Maha Pengampun
Ya Allah...bantulah aku tetapkan iman dihati ini. Janganlah kau bolak balikkan hatiku
Berilah ketenteraman jiwa, ketenangan hati dan kelapangan dada menerima ilmu dan kebenaran
Letakkanlah daku di jalan Mu dan jadilah diriku hamba yang berjihad kerana Mu
Aku tidak mahu kembali kepada kekufuran...
jauhkanlah aku dari fitnah dunia...
Aku hanya ingin berada disisiMu di akhirat kelak...
permudahkanlah sakaratul mautku dan jauhkan aku dari azab kubur dan api neraka Mu yang pedih...

Kini, setiap saat, diriku tidak lepas untuk mengucapkan rindu dan sayang padaMu...
dan juga pada kekasihmu yang membawa hambamu ini mengenal diriMu...
Menitis permata jernih ini hanya kerana gembira dengan kasih sayang Mu terhadap hamba yang mengharapkan cinta dan redha MU .

Astaghfirullahala'zim Waatubuilaik....Lailahaillallah Muhammadurasulullah...

Monday, April 6, 2009

WARKAH UNTUK MUHAMMAD

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Demi Allah yang dalam tangannya jiwa dan nyawaku,

Hari ini, ku tulis warkah ini untukmu Muhammad,
Rasul junjungan, cahaya seluruh alam.

Wahai Muhammad,
Kadang-kadang ku rindukan kehadiranmu,
Kadang-kadang terasa seolah-olah ingin berada bersama-sama kalanganmu 1430 tahun yang lalu,
berhijrah bersama-samamu,
berjihad di sampingmu,
Kadang-kadang terasa terlalu ingin mengenali dan mendekatimu,
Memandang wajahmu,
mengucap salam kepadamu, mengaminkan doamu,
Hiba sekali hati ini wahai RasulullahHanya Allah sahaja yang tahu, betapa aku merasakan kerinduan kepada mu yang meruntun hati.

Aku bangun di awal pagi tadi.
Dan aku lihat surau masih gelap.
Cuma ada 2-3 orang padahal azan Subuh sudah berkumandang.
Melihat keadaan itu, aku berasa terlalu kalah dan gagal.
Aku teringat kata-kata Rahib Yahudi yang mengatakan bahawa umat Islam tak mungkin akan menang selagi solat Subuh mereka tidak seperti solat jumaat.
Aku berasa sangat penat.
Aku sedih.
Bilakah kemenangan itu akan tiba sekiranya hingga hari ini kami masih susah nak bangun Subuh pun.
Aku dapat merasakan kebencian yang membuak-buak dalam diriku terhadap taghut yang banyak menyesatkan umat mu Muhammad.
Bahkan aku sendiri tidak terkecuali.

Ya Muhammad,
Bila mengingati saat kau meninggalkan kami,
aku berasa terlalu sedih.
Dah tak ada lagi Rasul Allah bersama-sama kami.
Pemergian kau beerti permulaan hidup kami yang kucar kacir di muka bumi.
Pemergianmu beerti selepas ini kami harus bangun sendiri andainya kami jatuh, mengesat sendiri air mata kami andainya sedih dan menyembuhkan sendiri kesakitan kami andainya dilukai.

Hari ini Muhammad,
kau pasti bisa melihat dari mana saja rohmu berada,
umat mu kini penuh duka larasebahagian bermandikan darah,
sebahagian bersiramkan harta,
sebahagian ini tidak menolong sebahagian yang lainbahkan seandainya mahu menolong pun tidak berdaya

Maafkanlah kami wahai Rasul Allah,
Kerana kami gagal lagi mencontohimu
Maafkanlah kami wahai nabi Allah,
saban hari kami melupakan perjuanganmuYa Mu’allim
Malunya kami kepadamu tidak tertahan lagi wahai Muhammad
Kegagalan orang di sekeliling untuk memahami Islam adalah kegagalan kami menyampaikan ajaran Al Quran dan Sunnahmu.

Wahai Muhammad Rasul Allah
Ku kirimkan warkah ini untuk mu dengan penuh harapan supaya seandainya kita bertemu di akhirat nanti,
dapatlah kita berjabat mesra sekalipun kita tidak pernah bertemu dan bertegur sapa.
Selawat dan salam ke atas Rasul Allah,
Muhammad s.a.w


“Dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar” (2: 155)

hasil nukilan Kak Farah Najwa (KMB)

TIPS UNTUK JADI CANTIK

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

InsyaAllah, tips ini akan menampakkan hasil jika selalu mengamalkannya. Selamat Mencuba!! ^_^
Allah Taala berfirman; “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” ,el-Baqarah (2:186) ameen...

Sunday, April 5, 2009

KU PINTA DARIMU CINTA YANG HAKIKI

Ya Allah....Ya Rahman.....Ya Rahim...
Allahu Rabbi, aku minta izin...
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untukmu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi, aku punya pinta...
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahhu Rabbi,
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatanuntuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi,
Pintaku yang terakhir adalah
Seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tidak pernah pupus oleh waktu

Saturday, April 4, 2009

Sekadar pengisisan

" Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" ( Al-Baqarah : 155)


sekadar ingin berkongsi rasa berkenaan ayat ini. Sungguh, kata-kata Allah pasti benar. Jika kita meletakkan Allah disisi dalam setiap langkah, maka Allah akan lebih dekat dengan hambanya. Seringkali kita mengeluh atas segala cabaran dan dugaan yang Allah timpakan. Hanya dengan kesabaran dan jiwa yang kuat membolehkan diri yang lemah ini melalui segala keperitan dan kepahitan. Bagi hamba yang berfikir, ujian ini adalah tanda kasih sayang-Nya terhadap diri hambanya, sebagai peringatan kepada hati yang semakin lalai. Maka, bersyukurlah dan bersabarlah kerana Allah tidah pernah menganayai hamba-hambanya. Dan bergembiralah dengan hadiah nanti yang Allah berikan selapas segala kesabaran dan usaha kita. InsyaAllah....


Peringatan buat diriku yang lemah ini. Aku senantiasa berharap agar Engkau berada disisiku dalam setiap langkah perjalananku ini. Ya Allah Tuhan Sekalian Alam, jadikalan hambamu ini hamba yang beriman disisi mu, hamba yang memperjuangkan panji-Mu dan hamba yang mencintai dan merindui-Mu. Amin...
Alhamdulliah, aku bersyukur padamu Allah dengan kehidupan dan nikmat yang engkau berikan,,,

Tuesday, February 10, 2009

KU TEMUI CINTA-MU


Aku sebenarnya x sabar2 nk bagi tau perasaan aku pergi daurah dari 6-8 Februari. Sebelum aku pegi daurah, aku seronok sgt sebab nama aku x ada kt spies, dan aku boleh pegi SJ. Sebelum ni, aku takut sgt nk pg daurah sebab aku rasa benda tu berat dan aku x leh nk adapt ngan semua tu. Tapi, Alhamdulillah, hari-hari yg aku lalui selepas tu banyk mengajar aku betapa pentingnya untuk mengisi kekosongan jiwa dan rohani ini dengan kebenaran dan petunjuk dari Allah melalui jalan yg diredhainya. Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sgt2 sebab daurah ni bnyak membuka dan menunjuk pintu keluar drp zaman kegelapan aku yg penuh dosa. Memang susah nk berubah, tetapi kalau kita ikhlas kerana Allah dan betul2 berazam, InsyAllah sume tu akan jadi mudah.

Rupanya, Allah sentiasa menyayangi hambanya dan Allah x akan mengabaikan hamba yg mencari-Nya. Dan, kini aku semakin berusaha dan melangkah mengikut petunjuk dan jalan yg Allah tetapkan. Allah sentiasa memelihara hambanya. Setiap kejadian yg berlaku pada aku sebelum ni banyak memberi hikmah dan pengajaran yg x terhingga. Dugaan pelajaran, sahabat, keluarga dan jiwa banyak mendekatkan diri aku kepada Allah dengan mencari kehidupan dan jalan yg diredhainya. Aku memohon pada-Mu Ya Allah, ampunkan segala dosa dan bersihkan jiwa dan hatiku yg kotor sebelum ini. Jika boleh Ya Allah, gantikanlah jiwaku dengan hati yg mengharapkan cinta daripadaMu, sentiasa merindui-Mu dan tunduk, patuh serta ikhlas kerana-Mu Ya Allah. Tetapkanlah niat ini diahatiku dan jdikanlah aku hmba yg beriman di sisi-Mu. Amin........