Saturday, April 4, 2009

Sekadar pengisisan

" Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" ( Al-Baqarah : 155)


sekadar ingin berkongsi rasa berkenaan ayat ini. Sungguh, kata-kata Allah pasti benar. Jika kita meletakkan Allah disisi dalam setiap langkah, maka Allah akan lebih dekat dengan hambanya. Seringkali kita mengeluh atas segala cabaran dan dugaan yang Allah timpakan. Hanya dengan kesabaran dan jiwa yang kuat membolehkan diri yang lemah ini melalui segala keperitan dan kepahitan. Bagi hamba yang berfikir, ujian ini adalah tanda kasih sayang-Nya terhadap diri hambanya, sebagai peringatan kepada hati yang semakin lalai. Maka, bersyukurlah dan bersabarlah kerana Allah tidah pernah menganayai hamba-hambanya. Dan bergembiralah dengan hadiah nanti yang Allah berikan selapas segala kesabaran dan usaha kita. InsyaAllah....


Peringatan buat diriku yang lemah ini. Aku senantiasa berharap agar Engkau berada disisiku dalam setiap langkah perjalananku ini. Ya Allah Tuhan Sekalian Alam, jadikalan hambamu ini hamba yang beriman disisi mu, hamba yang memperjuangkan panji-Mu dan hamba yang mencintai dan merindui-Mu. Amin...

No comments:

Post a Comment