Thursday, July 16, 2009

Sedar dari mimpi....

Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.....Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga Baginda. Maha Suci Allah yang sentiasa menyayangi hambanya-Nya. Demi Dia yang memegang nyawa dan ajalku dan kepada Dia tempat aku kembali.

Alhamdulillah....Subahanallah....tiada apa yang dapat aku ucapkan skrg ni melainkan rasa syukur dan bertuahnya aku adalah hamba Allah dan dipilih olehnya untuk menerima Islam.

Manusia.....adalah insan yang bermaksud lupa. Sememangnya kita sering lalai dan lupa maka dengan itu Allah hadirkan peringatan kepada kita dalam pelbagai bentuk untuk membawa kita kembali dari terpesong. Itulah kasih Allah yang sentiasa mahukan hambanya untuk masuk kedalam syurga yang telah Dia sediakan.

Dunia....adakah realiti atau satu ilusi semata-mata? Ilusi untuk menyesatkan manusia dengan 'keseronokan dan keindahan' yang ada di dalamnya....? Dan inilah yang dijadikan oleh Iblis laknatullah untuk menipu manusia dan mengheret keturunan Adam ke dalam neraka. Namun, bagi hamba Allah yang bijak dan berfikir, keindahan dunia ini membawanya kearah kebenaran, kebesaran dan keesaan Allah SWT.

Rasulullah S.A.W pernah berkata umur ummatnya hanyalah diantara 60-70 tahun. Adakah peluang selama iniyang Allah beri kepada kita untuk masih lagi bernafas di muka bumi Allah hanya diperuntukkan untuk keseronokan dunia yang hanya 60-70 tahun? Bagaimana dengan alam Barzakh, saat di Padang Mahsyar dan alam Akhirat yang pastinya lebih panjang masanya. Adakah cukup amalan yang kita lakukan di dunia menjadi tiket untuk menjamin kehidupan kita selepas ini. Padahal, ini sahaja peluang yang kita ada untuk bertemu dengan Allah dalam keadaan diredhai-Nya dan berpeluang untuk beramah mesra dengan Rasul Allah, Muhammad S.A.W.

Hidup dan Mati itu hanya sekali. Mungkin saat aku menaip ini (11.30 mlm)aku masih lagi mampu bernafas sambil makan biskut dan coklat, tapi sebaik je aku tido jam 12 mlm....sudah tiba saat ajalku. Malaikat Izrail datang untuk cabut nyawaku. Aku tak tahu keadaan aku saat itu. Sempatkah aku mengucap kalimah Lailahaillallah, tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dengan amalan-amalan yang aku lakukan. Jaminkah aku dengan ibadatku. Pasti aku merasakan kenapa saat aku didunia aku tidak pernah berusaha untuk menjadi hamba yang diredhai-Nya dunia dan akhirat....hamba yg betul2 beriman kepad-Nya. Apa yg aku akn jwb soalan2 Mungkar dan Nakir dengan tahap iman yg aku tidak tahu.

Aku hanya mampu menangis, menangis dan menangis. Ya Allah, aku memohon ampun dan taubat dari Mu. Kurniakanlah petunjuk dan hidayahMu. Janagnlah sekali-kali Kau palingkan wajahmu dariKu. Bimbinglah aku supaya aku dapat bertemu denganMu dengan redhaMu. Berilah aku kesudahan yang baik. Aku bukan mencintai syurga-Mu tetapi aku mencintai Pencipta syurga-Mu yg indah itu....

No comments:

Post a Comment