Thursday, May 28, 2009

Kena Tinggal...

huargghhh!!!!!
aku kena tinggal.....
wuwu~[dlm kesedihan teramat sgt]

family aku suma g klantan.....nk amik barang abang. kali ni semua pegi. Mana muat keta nk sumbat ak lagi sorg. Suma dah besar2, cukup kapasiti kete 5 org. Lpas ni abah kena tukar keta besar skit....wuwu~ x aci, aku kena sacrifice... ,Alamatnya...aku kena pegi rumah mak su aku jdi babby sitter x bertauliah jap, sementara family aku balik rumah balik.....

hmm...x pi x palah....ak pun bnyak keja nk kena wat....berserabut otak ni pk....nk siapkan suma benda....Lgi pun dok kt rumah sorg2 bleh abihkan coklat(ole-ole) adik aku bawak dri Lagkawi...huahuahua....Cuti sem 2 ni ak kena manfaatkan sebaik mungkin....dun waste the time. Rehat-rehat jgk, keja tetap kena jalan. Smalam, sampai nk tercabut kaki jln-jln ngan Ci'ah, window shopping, terapi mata..haha. Kalo nk dikira ratio masa yg diperuntukkan utk jln2 dgn wat portfolio math smalam 4:1. kuikuikui...
Sejak dok kt kmb....masa itu sgt berharga lebih drp emas. kalo x siapkan suma keja time cuti ni ...maknanya sesak nafas la aku nk hadapi sem 3 yg pasti mmg akn lebih mencabar..huh!

Tasks for this semester break! I have to finished it!! yeah![bersemangat]

  • World literature Malay A1[sparuh siap]
  • IA Econ [tgh pk camna nk wat]
  • EE Malay First Draft
  • Math folio- observe[done]
  • TOK Essay [tgh dok pk]
  • Hospital Attachment kt Alor Star
  • Baca pengisian

Bersemangat!!!!Gambate!!!InsyaAllah....

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja kerasa untuk urysan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."

[Al-Insyirah : 5-8]

Tuesday, May 26, 2009


Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Sunday, May 24, 2009

Al-Fatihah untuk insan yang ku sayang

Innalillahiwainnailaihirajiun....



Itu je yang ampu aku ucapkan saat aku terima berita kematian sepupu yang aku sgt sayang. Mentis air mata dan pilu hati ini mengetahui berita yang sangat tak dijangkakan ketika di dalam bas utk pulang ke kedah khamis 21/5/09. Ditambah lagi, kelewatan berita yang diberitahu disebabkan aku exam. Abah ngan mak tak nak beritau aku dulu, takut aku risau dan sedih. Dia pergi tanggal 19 Mei 2009, lapan hari selepas menyambut hari lahirnya yang ke-5.Tiada apa yang dapat aku ucapkan selain menangis hiba. Memori lama bersama insan kecil itu berputar kembali seperti sebuah filem menambah kembali kesedihan hati. Teringat cuti bulan tiga lalu, masih segar gelak ketawanya yang terkekek-kekek diusik aku, masih terngiang suara manjanya. Aku menatap kembali gambarnya yang aku tangkap waktu hari raya guna handset aku. Sangat ceria di hari lebaran. Dirinya sangat memberi inspirasi padaku. Dia, anak yang baik. Masih lagi aku ingat dialog yg buat aku kagum padanya. "Fattah, nanti Fattah besar nak jadi apa?" dengan tersenyum Fattah jawab " fattah nak jadi ustaz". Tak sangka. Aku hanya ketawa dan berharap dia nanti betul-betul jadi insan yang akan berjuang di jalan Allah dengan sifatnya yang terselah sejak kecil.Dia baru 5 thn, tetapi sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia.Pak Cik jat dan mak cik mesti lagi sedih. . Kehilangan seorang anak yang membawa cahaya sinar harapan pada keluarga dan ibu bapa. Kepada cik jat dan makcik, jangan risau, fattah pasti tunggu mak dan ayahnya di pintu syurga.

ABDUL FATTAH BIN ABDUL RAZAK,
nama yang membangkitkan semangat ku...
Lahirmu memberi sinar harapan kepada mak dan ayah, juga kepada kami semua
ketawamu ampu membuatkan semua tersenyum,
tetapi sebelum sempat kau merasai kepayahan dan kedustaan dunia,
kau dijemput dalam tidur yang lena...
Sedalam mana kami sangat menyayangi dirimu,
namun Allah lebih lagi mengasihimu....menjemputmu untuk berada di sisi-Nya.

Kak cik sentiasa doakan, Fattah bahagia di akhirat sana, gembira bermain di taman-taman syurga.


Demi Allah Yang Memegang Ajal dan Nyawaku, sesungguhnya kepada Engkaulah kami kembali.....

Friday, May 15, 2009

aku bersyukur..............

Maha Suci Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Betapa aku memanjatkan kesyukuran kepada mu.
dengan nikmat Iman dan Islam.....
Yang aku x pernah terjgka , Engkau memilih daku diantara hamba-hambamu untuk menerima hidayahmu.
Air Mataku menitis setiap saat mengingatkan dosa-dosa yg telah aku lakukan...
Bgaimana diriku pasti membuatkan Engkau murka dengan perbuatan ku itu..
Namun, Kau masih datang dekat padaku....
memberi harapan...Tuhan Yang Maha Pengampun
Ya Allah...bantulah aku tetapkan iman dihati ini. Janganlah kau bolak balikkan hatiku
Berilah ketenteraman jiwa, ketenangan hati dan kelapangan dada menerima ilmu dan kebenaran
Letakkanlah daku di jalan Mu dan jadilah diriku hamba yang berjihad kerana Mu
Aku tidak mahu kembali kepada kekufuran...
jauhkanlah aku dari fitnah dunia...
Aku hanya ingin berada disisiMu di akhirat kelak...
permudahkanlah sakaratul mautku dan jauhkan aku dari azab kubur dan api neraka Mu yang pedih...

Kini, setiap saat, diriku tidak lepas untuk mengucapkan rindu dan sayang padaMu...
dan juga pada kekasihmu yang membawa hambamu ini mengenal diriMu...
Menitis permata jernih ini hanya kerana gembira dengan kasih sayang Mu terhadap hamba yang mengharapkan cinta dan redha MU .

Astaghfirullahala'zim Waatubuilaik....Lailahaillallah Muhammadurasulullah...