Sunday, May 24, 2009

Al-Fatihah untuk insan yang ku sayang

Innalillahiwainnailaihirajiun....



Itu je yang ampu aku ucapkan saat aku terima berita kematian sepupu yang aku sgt sayang. Mentis air mata dan pilu hati ini mengetahui berita yang sangat tak dijangkakan ketika di dalam bas utk pulang ke kedah khamis 21/5/09. Ditambah lagi, kelewatan berita yang diberitahu disebabkan aku exam. Abah ngan mak tak nak beritau aku dulu, takut aku risau dan sedih. Dia pergi tanggal 19 Mei 2009, lapan hari selepas menyambut hari lahirnya yang ke-5.Tiada apa yang dapat aku ucapkan selain menangis hiba. Memori lama bersama insan kecil itu berputar kembali seperti sebuah filem menambah kembali kesedihan hati. Teringat cuti bulan tiga lalu, masih segar gelak ketawanya yang terkekek-kekek diusik aku, masih terngiang suara manjanya. Aku menatap kembali gambarnya yang aku tangkap waktu hari raya guna handset aku. Sangat ceria di hari lebaran. Dirinya sangat memberi inspirasi padaku. Dia, anak yang baik. Masih lagi aku ingat dialog yg buat aku kagum padanya. "Fattah, nanti Fattah besar nak jadi apa?" dengan tersenyum Fattah jawab " fattah nak jadi ustaz". Tak sangka. Aku hanya ketawa dan berharap dia nanti betul-betul jadi insan yang akan berjuang di jalan Allah dengan sifatnya yang terselah sejak kecil.Dia baru 5 thn, tetapi sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia.Pak Cik jat dan mak cik mesti lagi sedih. . Kehilangan seorang anak yang membawa cahaya sinar harapan pada keluarga dan ibu bapa. Kepada cik jat dan makcik, jangan risau, fattah pasti tunggu mak dan ayahnya di pintu syurga.

ABDUL FATTAH BIN ABDUL RAZAK,
nama yang membangkitkan semangat ku...
Lahirmu memberi sinar harapan kepada mak dan ayah, juga kepada kami semua
ketawamu ampu membuatkan semua tersenyum,
tetapi sebelum sempat kau merasai kepayahan dan kedustaan dunia,
kau dijemput dalam tidur yang lena...
Sedalam mana kami sangat menyayangi dirimu,
namun Allah lebih lagi mengasihimu....menjemputmu untuk berada di sisi-Nya.

Kak cik sentiasa doakan, Fattah bahagia di akhirat sana, gembira bermain di taman-taman syurga.


Demi Allah Yang Memegang Ajal dan Nyawaku, sesungguhnya kepada Engkaulah kami kembali.....

No comments:

Post a Comment